Wednesday, July 27, 2011

bodoh la aku..menangis kerana lelaki..

apabila jari jemari ku menari di atas papan kekunci


dh lama aku tak bercerita di sini..huhuhu, :D
malam nie aku tak boleh tido..so apa lagi.. blog laa jadi mangsa aku..hahahahaha :P
bukan pasal tido aku nk cerita.. tapi nie pasal diri aku sendiri..huhuhu ='(
tadi aku baru je lepas gadoh dengan pakwa..(pakwa laa sangat)..huhuhu
kami gadoh pon benda kecil..tapi di perbesar kan..huhuhu..
at last kami putus..huhuhu..sedih gila.. :'(
TIRAH BUAT APA KAU NAK SEDIH..???
tak kan seorang lelaki aku nak sedih kan..??huhuhu
bodoh la kalau nangis di sebab kan seorang lelaki
macam dah tak lelaki lain dalam dunia nie??hehehe :D




di sebalik pergadohan kami tue..
ada unsur-unsur lucu sikit..hehehehe :D
ada ke macam tue..??heheheh
tapi apa-apa pon..bukan aku yang minta putus.. dia yang minta..
aku sikit tak menyesal pon..
aku ingat pesan kawan baik aku.. dia kata "jangan kita yang mintak putus..nanti kita yang menyesal".. aku ingat sampai laa sekarang.. hehehe..thank my friend..
tapi..!!
aku masih sayang kan dia..
nak buat macam mana kan?? dh tak ada jodoh antara kita..

Wednesday, July 20, 2011

NASIHAT KEHIDUPAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran